Kursus Makanan Frozen.
20 April 2017 | Aktiviti TerkiniKursus yang dinamakan Quickwin Frozen Food ini merupakan sebuah kursus anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Larut. Kursus ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Dendang dan seramai 16 orang peserta telah terpilih untuk menyertainya. Para peserta ini terpilih kerana memenuhi kriteria iaitu telahpun mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan. Kursus ini merupakan satu inisiatif dari pihak KEMAS untuk membantu peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka. Pihak KEMAS telah menjemput Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah untuk menyampaikan taklimat mengenai Perniagaan Online.
Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan serta galakan kepada para peserta untuk menggunakan internet terutamanya media sosial sebagai medium perniagaan. Pelbagai resipi diajar kepada peserta seperti samosa, pau coklat, roti chapatti, pizza serta satay. Diharap program seperti ini dapat membantu para peserta untuk mengembangkan perniagaan serta adalah diharapkan para peserta dapat menceburkan diri dengan sistem perniagaan online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: